Cari @ Amanz

Untuk bulan Oktober ini, semestinya salah satu permainan yang dinantikan ramai adalah Need for Speed : Most Wanted. Setelah beberapa video sebelum ini, kini EA memuat-naik sebuah video baru, memperlihatkan perlumbaan dengan salah seorang pelumba utama dalam senarai Most Wanted.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia mengekalkan gaya permainan sebelum ini, dimana terdapat juga proses kejar mengejar antara polis ketika perlumbaan berlangsung.

Namun, apa yang membuatkan kami tertarik adalah bagaimana untuk mendapatkan kereta daripada pelumba tersebut, dimana selepas habis perlumbaan, pemain perlu mengejar dan menghancurkan kereta pihak lawan mereka.

Mungkin lebih banyak kejutan disediakan oleh EA dan Criterion Games melalui permainan Need for Speed : Most Wanted kelak. Ia bakal dilancarkan pada penghujung Oktober ini di Amerika Utara, manakala seluruh dunia akan menerimanya bermula pada 2 November untuk PC, PlayStation 3 dan juga Xbox 360.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd