Selamat Ulang Tahun Kedua, Instagram

Selamat Ulang Tahun Kedua, Instagram

Diterbitkan pada Okt 7, 2012 oleh .

Instagram, hari ini telah pun berumur 2 tahun, dimana sejak dilancarkan pada tahun 2010 yang lepas, ia telah melalui pelbagai perkembangan positif, sehinggalah baru-baru ini telah diambil-alih sepenuhnya oleh pihak Facebook pada suatu harga yang menarik.

Instagram yang dulunya hanya eksklusif untuk para pengguna iPhone, baru-baru ini turut sama telah memperluaskan ke platform Android, dan beberapa ura-ura mengatakan mereka akan memperkenalkannya untuk pengguna Windows Phone.

Pada bulan Julai yang lepas, pihak Instagram telah berkongsi statistik mengatakan mereka mempunyai lebih daripada 80 juta pengguna pada iOS dan Android. Angka tersebut semestinya telah meningkat pada hari ini.

Selain daripada versi Windows Phone yang diura-urakan, Instagram juga dilihat memfokuskan kepada versi web mereka, yang mana kini membolehkan para pengguna meninggalkan komen dan Like terus daripadanya.

Mungkin dalam beberapa bulan akan datang, kita akan terus melihat perkembangan positif Instagram.

Selamat ulang-tahun ke-2, Instagram.


TIPS & ULASAN