Samsung Sedang Menguji Telefon Pintar Dengan RAM Sebanyak 3GB?

Samsung Sedang Menguji Telefon Pintar Dengan RAM Sebanyak 3GB?

Diterbitkan pada Okt 7, 2012 oleh .

Dengan teknologi yang semakin bergerak pantas, ia diperkatakan yang mana Samsung sedang menguji beberapa prototaip telefon pintar dengan memori sebanyak 3GB RAM padanya. Ia diperkatakan peranti dengan memori sebanyak ini hanya akan diperkenalkan oleh mereka pada tahun hadapan.

Pada masa sekarang ini, beberapa peranti telah pun hadir dengan memori sebanyhak 2GB RAM, dan dengan apa yang diuji oleh Samsung sekarang, ia membawakan penambahan sebanyak lebih kurang 50% daripada apa yang sedia ada.

Namun, ia tidak diketahui sepenuhnya, apakah kegunaan memori sebanyak itu, memandangkan dengan projek Butter daripada Google yang mengatasi pelbagai masalah lengah masa, disamping Windows Phone yang sememangnya ringan dan bergerak lancar, ia tidak diketahui apakah kegunaan penuhnya kelak dengan memori sebanyak itu.

Selain daripada memori yang besar, ia juga diperkatakan Samsung sedang menguji rekabentuk peranti tanpa sebarang butang fizikal padanya.


TIPS & ULASAN