Facebook Menguji Antaramuka Daftar Masuk Baru Pada Facebook Pages

Facebook Menguji Antaramuka Daftar Masuk Baru Pada Facebook Pages

Diterbitkan pada Okt 7, 2012 oleh .

Dengan lebih satu billion pengguna aktif di Facebook, kini ia kelihatan, pihak Facebook mula menguji halaman pendaftaran dan daftar masuk yang berbeza dengan sebelum-sebelum ini, dimana sebuah pop-up hadir untuk pengguna log masuk.

Antaramuka baru ini diperlihatkan apabila para pengguna mengakses terus ke halaman sesuatu jenama, manakala halaman utama Facebook masih kekal menggunakan rekabentuk antaramuka yang lama.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihatnya, menandakan ia pada fasa ujian percubaan, dan mungkin kelak lebih ramai pengguna akan dapat menikmatinya.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan rekabentuk baru ini?


TIPS & ULASAN