Pear Linux 6 Alpha 4 Membawakan Bahagian Dock Serba Baru

Pear Linux 6 Alpha 4 Membawakan Bahagian Dock Serba Baru

Diterbitkan pada Okt 7, 2012 oleh .

Bagi mereka yang mencintai Linux, dan inginkan sesuatu yang menyerupai OS X, semestinya anda pernah terdengar akan mengenai Pear Linux. Kini, dengan Pear Linix 6 dalam pembangunan, beberapa perkara baru turut didatangkan bersama-sama dengannya.

Salah satu perkara baru adalah bahagian dock pada Pear Linux 6, yang mana tidak lagi berasaskan kepada Docky, sekaligus membolehkan ia berfungsi dengan lebih pantas, dan menggunakan tenaga pemprosesan yang lebih rendah.

Selain daripada bahagian dock yang diberikan nafas baru, beberapa perkara lain juga diubah pada Pear Linux 6 Alpha, menyertakan beberapa fungsi termasuk sokongan Mission Control, dan kebolehan bertukar-tukar antara desktop dengan mudah.

Buat masa ini, ia masih pada versi pembangunan awal, dan bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini. Versi akhirnya mungkin akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Muat-Turun Pear Linux 6 Alpha 4


Baca perubahan penuh pada Pear Linux 6 Alpha 4


TIPS & ULASAN