DivX Plus Beta 9 Membawakan Sokongan Memainkan Video Melalui DLNA

DivX Plus Beta 9 Membawakan Sokongan Memainkan Video Melalui DLNA

Diterbitkan pada Okt 7, 2012 oleh .

DivX bukanlah sesuatu yang asing untuk mereka yang gemar mencuba pelbagai jenis video, dan pemain video. Kini, pembangunnya telah pun mengeluarkan versi pembangunan terbaru – DivX Plus Software Beta 9, membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

DivX Plus Software Beta 9 ditawarkan untuk Windows buat masa ini, membolehkan anda yang ingin mencubanya sebelum versi akhir diperkenalkan.

Divx Plus Software Beta 9 ini membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, dimana kini DivX Plus Player membolehkan para pengguna memainkan video terus dimainkan melalui peranti yang menyokong DLNA. DivX Plus Converter pula kini membolehkan anda mengubah sesuatu format video dengan lebih pantas – 10 kali ganda pantas berbanding versi sebelum ini.

Ia juga kini didatangkan dengan sokongan untuk terus mengubah format video untuk dimainkan terus pada iPhone dan juga iPad. Buat masa ini, ia ditawarkan secara percuma dengan beberapa had penggunaan. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi akhir akan diperkenalkan.

Muat-Turun DivX Plus Software Beta 9


TIPS & ULASAN