Carian
Tablet Untuk Gamer – Project Fiona Bakal Dijual Pada Tahun Hadapan
October 8, 2012 Aman

Pada awal tahun ini, Razer yang sedia terkenal dikalangan para pemain video, telah pun memperlihatkan konsep tablet khas yang dioptimasikan untuk permainan video, dinamakan Project Fiona. Kini, ia disahkan tablet itu akan direalisasikan, dan mungkina kan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Ketika diperlihatkan pada CES 2012 yang lepas, ia menjalankan cip pemprosesan Core i7 ULV, serta skrin bersaiz 10.1-inci dengan resolusi 1280×800. Buat masa ini, spesifikasi akhir untuknya masih tidak lagi diketahui, dan mungkin akan mengalami pelbagai perubahan padanya. Disamping itu, rekabentuk akhirnya juga tidak diketahui buat masa ini.

Project Fiona ini bakal menggunakan Windows 8 padanya, dan harga jualan kelak dijangka lebih mahal berbanding harga tablet lain dipasaran hari ini.

Komen