Dengan Windows 8 yang bakal menjelang tiba, walaupun pelbagai peranti berasaskan Intel telah kelihatan, namun berbeza untuk peranti berasaskan cip pemprosesan AMD. Namun, ia mungkin berubah tidak lama lagi, dengan AMD yang dijangka akan memperkenalkan sesuatu pada 10 Oktober ini.
Daripada video promosi yang dimuat-naik oleh AMD pada saluran YouTube mereka, ia memperlihatkan mereka akan memperkenalkan suatu peranti hibrid Windows 8 dengan cip pemprosesan tersendiri mereka. Video ini juga memperlihatkan ia akan berupaya memainkan grafik yang tinggi, sama ada untuk permainan video dan sebagainya.
Sebelum-sebelum ini, AMD telah berkongsi informasi berkenaan dengan cip pemprosesan generasi baru mereka, dengan nama kod Hondo, yang mana akan menggunakan tenaga yang rendah, dan menyokong Windows 8 dan juga DirectX padanya.
Mungkin maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diketahui pada 10 Oktober ini. Sama-sama kita nantikannya.