BlackBerry JamHack Bakal Diadakan Di Malaysia Pada 12 Oktober

BlackBerry JamHack Bakal Diadakan Di Malaysia Pada 12 Oktober

Diterbitkan pada Okt 8, 2012 oleh .

Dengan BlackBerry 10, pihak Research In Motion kelihatan turut memfokuskan kepada pembangun, selain daripada pengguna. Kini, bagi para pembangun tempatan, RIM bakal menganjurkan BlackBerry JamHack pada 12 Oktober sehingga 14 Oktober ini.

Melalui acara selama 40-jam ini, ia akan membolehkan para pembangun tempatan membangunkan aplikasi untuk platform BlackBerry 10, dimana pada masa yang sama turut mendapat bantuan dan sokongan daripada pasukan pembangun RIM secara langsung.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri hari ini, dan menyertai BlackBerry JamHack ini dalam mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengannya. Pihak RIM juga turut sama menyediakan beberapa hadiah menarik untuk para pembangun yang memenangi sesuatu JamHack.

Maklumat lanjut berkaitan BlackBerry JamHack Kuala Lumpur


TIPS & ULASAN