Panduan Pengguna Galaxy Note 2 Kini Di Google Play Store

Panduan Pengguna Galaxy Note 2 Kini Di Google Play Store

Diterbitkan pada Okt 8, 2012 oleh .

Galaxy Note 2 bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu ini, sebelum dimulakan jualannya pada minggu hadapan. Sementara menantikan ia mula dijual, bagi para pengguna yang berminat untuk mendapatkannya mungkin boleh memuat-turun panduan pengguna Galaxy Note 2 secara percuma daripada Google Play Store.

Panduan percuma yang bersaiz hampir 40mb ini boleh digunakan pada kebanyakkan peranti Android yang terdapat di pasaran hari ini, membolehkan para pengguna mengetahui pelbagai perkara berkaitan Galaxy Note 2, daripada asas, sehinggalah ke beberapa fungsi eksklusif seperti sokongan S-Pen dan sebagainya.

Buat masa ini, panduan ini hanya ditawarkan dalam bahasa Inggeris sahaja, dan masih tidak diketahui sama ada versi bahasa Malaysia akan hadir ataupun sebaliknya.

Muat-Turun Panduan Pengguna Galaxy Note 2


TIPS & ULASAN