Lockitron Membolehkan Anda Menggantikan Kunci Pintu Dengan Telefon Pintar

Lockitron Membolehkan Anda Menggantikan Kunci Pintu Dengan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Okt 8, 2012 oleh .

Membuka atau mengawal sesuatu peralatan menggunakan peranti pintar bukanlah sesuatu yang baru, tetapi turut pernah didemonstrasikan oleh pembangun tempatan. Namun, Lockitron kini dalam usaha untuk dikomersialkan, membolehkan anda menganti kunci pintu anda dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Lockitron dilengkapi dengan sokongan Bluetooth 4.0, NFC dan juga WiFi, yang mana dipasang kepada tombol pintu, sekaligus membolehkan anda mengawal beberapa perkara asas seperti membuka dan menutup pintu menggunakan telefon anda.

Menariknya, selain hanya menggunakan telefon pintar, ia juga turut dilengkapi dengan sokongan SMS, membolehkan para pengguna menggunakan sebarang telefon untuk mengaksesnya. Sebagai fungsi tambahan, ia turut menghantar notifikasi kepada pemilik, seperti apabila pintu diketuk, pintu dibuka dan sebagainya.

Buat masa ini, Lockitron sedang mengambil pra-tempahan pada harga $149, dan dijangka akan memulakan penghantaran awal mereka pada bulan Mac tahun hadapan.


TIPS & ULASAN