iPad Mini dikatakan akan dilancarkan pada bulan ini, yang mana akan membawakan skrin bersaiz 7.85-inci dengan paparan resolusi 16:9. Kini, lanjutan daripada ura-ura tersebut, dilaporkan yang mana pembuat komponen Apple telah menerima tempahan sebanyak 10 juta unit untuk suku tahun ke-empat ini.
Buat masa ini, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya, dan mengikut ura-ura awal, jemputan media akan dikeluarkan oleh mereka seawal minggu ini.
Daripada pelbagai laporan dan ura-ura yang kedengaran sebelum ini, iPad Mini kelihatan akan membawakan skrin bersaiz 7.85-inci, port Lightning, dan menggunakan iOS 6 padanya. Mungkin lebih maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diketahui pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.