Runcit.com Menawarkan Harga Barangan Runcit Mengikut Negeri Di Malaysia

Runcit.com Menawarkan Harga Barangan Runcit Mengikut Negeri Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 8, 2012 oleh .

Terdapat beberapa cara untuk mendapat tahu mengenai harga barangan runcit di Malaysia melalui web, iaitu seperti GogoPrice, 1Pengguna dan sebagainya. Terkini, salah satu web dengan fungsi sama adalah Runcit.com.

Runcit.com menggunakan data daripada laman 1Pengguna.com yang mana dikemaskini setiap hari oleh pihak kerajaan. Data ditarik menggunakan ScraperWiki, dan dikongsikan bersama untuk semua pembangun. Semestinya kelebihan pada Runcit.com adalah antaramuka minimalis dan juga harga yang disusun mengikut setiap negeri untuk memudahkan penduduk disesuatu kawasan menggunakannya.

Buat masa ini, boleh dikatakan ia masih pada peringkat awal pembangunan lagi, memandangkan percubaan kami untuk melakukan carian dan sebagainya masih tidak berjalan lancar pada laman tersebut. Mungkin dalam sehari dua lagi, ia akan selesai sepenuhnya, membolehkan para pengguna tempatan mengikuti pelbagai kemaskini harga dengan mudah melalui laman tersebut.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh layari laman Runcit.com dan mencubanya sendiri hari ini.

Layari Runcit.com


TIPS & ULASAN