Dengan pelbagai ura-ura berkaitan peranti Nexus yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, kini beberapa info berkaitan Galaxy Nexus generasi baru mula kelihatan, mengatakan ia akan membawakan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya.
Daripada apa yang dikongsikan oleh SamMobile sebelum-sebelum ini, ia diura-ura akan yang mana Galaxy Nexus 2 kelak akan membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz dan skrin 4.65-inci Super AMOLED HD, dan beberapa perkara asas lain, termasuk ruangan kad-SD padanya.
Jika segalanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan tidak lama lagi, dan dimulakan jualan sekitar bulan Disember seperti tahun lepas.