Cari @ Amanz

HTC telah pun sedia menjanji akan memperkenalkan kemaskini Jelly Bean untuk peranti One X. Kini, lebih pantas daripada itu, Jelly Bean untuk beberapa variasi Tegra 3 One X telah pun tertiris ke arena web, membolehkan para pengguna yang berminat menggunakan pada peranti mereka hari ini.

Kemaskini yang tertiris ke arena web ini adalah berdasarkan kepada Jelly Bean dan juga Sense 4+ yang terdapat pada One X+ yang telah diumumkan oleh HTC baru-baru ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya hari ini terus melalui XDA, dan memasangnya pada peranti anda. Namun, seperti biasa, HTC tidak menawarkan sebarang sokongan dan jaminan untuknya, dan perlulah ditanggung risiko sendiri jikalau berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd