Cari @ Amanz

Dengan kod QR yang semakin meningkat popular dari hari ke hari, beberapa laman dan juga iklan pada web turut menggunakannya. Namun, bagi pengguna desktop, mungkin ia agak sukar untuk dibaca dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu aplikasi yang berguna adalah CodeTwo QR Code Desktop Reader.

CodeTwo QR Reader ini adalah aplikasi percuma yang disediakan untuk para pengguna Windows, membolehkan anda membaca kod QR daripada pelbagai perkara, termasuk video, fail, gambar, dan sebagainya.

Menggunakan perisian ini, ia akan memberikan anda pilihan untuk mengimbas gambar QR daripada fail, ataupun memberikan anda pilihan untuk memilih kod QR yang ingin diimbas. Sebaik sahaja dipilih, ia akan decode teks atau URL yang disertakan pada kod QR tersebut dan diperlihatkan kepada anda.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan CodeTwo QR Code Desktop Reader ini secara percuma, dan menggunakannya dalam membaca kod QR terus pada desktop anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd