Aplikasi Natif Facebook Untuk Android Kini Dalam Fasa Akhir Percubaan

Aplikasi Natif Facebook Untuk Android Kini Dalam Fasa Akhir Percubaan

Diterbitkan pada Okt 8, 2012 oleh .

Aplikasi natif Facebook untuk Android adalah salah satu kemaskini yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, dan kini ia dikatakan versi akhirnya sedang dalam ujian percubaan, dan mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Mark Zuckerberg sendiri telah mengatakan yang mana penggunaan HTML5 sebagai aplikasi Android adalah salah satu kesilapan. Dan seperti semua pengguna Android sedia ada tidak berapa menyukai aplikasi Facebook, memandangkan ia mempunyai beberapa kelemahan, termasuk berfungsi agak perlahan.

Facebook telah memperkenalkan aplikasi natif untuk iOS pada penghujung Ogos yang lepas, dan mungkin para pengguna Android akan menikmati aplikasi natif untuk Android tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN