Cari @ Amanz

Windows 8, walaupun belum dilancarkan lagi, telah sedia mempunyai lebih daripada 3000 aplikasi pada Windows Store. Menariknya, Microsoft mempunyai sasaran yang lebih tinggi, mengatakan mereka mensasarkan 100,000 aplikasi akan terdapat di Windows Store dalam 90 hari selepas ia dilancarkan.

Daripada salah satu temuramah yang dilakukan, pihak Microsoft mengatakan mereka telah pun melaburkan jutaan wang dalam mengalakkan pembangun membina aplikasi untuk Windows 8, dan sebanyak 100,000 aplikasi dalam tempoh 90 hari bukanlah mustahil untuk mereka.

Memandangkan Windows merupakan salah satu platform utama yang digunakan majoriti pengguna dan syarikat di seluruh dunia, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun, adakah tempoh masa selama 3 bulan adalah sesuatu yang mencukupi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd