Ubuntu Tweak 0.8.0 Memfokuskan Kepada Memudahkan Pemasangan Aplikasi

Ubuntu Tweak 0.8.0 Memfokuskan Kepada Memudahkan Pemasangan Aplikasi

Diterbitkan pada Okt 8, 2012 oleh .

Ubuntu Tweak dibangunkan dengan konsep untuk memudahkan pengguna menggunakan sistem operasi Ubuntu dari hari ke hari. Dan ia diteruskan melalui Ubuntu Tweak 0.8.0 yang diperkenalkan kepada para pengguna Ubuntu hari ini.

Pada versi 0.8.0 ini, kemaskini aplikasi ini memfokuskan kepada aplikasi, dimana ia kini mengabungkan App Center dan juga Source Center dibawah satu nama, Apps. Melaluinya, para pengguna kini boleh memasang pelbagai aplikasi yang tidak disertakan pada Ubuntu Software Center dengan mudah (contohnya seperti Google Chrome).

Selain daripada itu, ia juga kini membolehkan para pengguna memilih saluran stabil, beta dan sebagainya, serta menambah PPA dengan mudah.

Bagi para pengguna Ubuntu yang berminat, boleh memuat-turun Ubuntu Tweak 0.8.0 hari ini, dan mencubanya sendiri pada sistem anda.

Muat-Turun Ubuntu Tweak 0.8.0


TIPS & ULASAN