Carian
Apple, Google, Microsoft Dan Ramai Lagi Bersatu Dalam Memperkenalkan Web Platform
October 9, 2012 Aman

Dengan dunia web yang semakin berkembang pesat, kini Apple, Adobe, Facebook, Google, HP, Microsoft, Mozilla, Nokia, dan Opera menyertai W3C dalam melancarkan sebuah laman baru yang dinamakan sebagai Web Platform.

Web Platform dibangunkan dengan fokus utama untuk menjadi perhentian dan destinasi untuk rujukan pelbagai jenis sumber berkaitan dengan HTML5, CSS dan juga pelbagai standard web lain yang digunakan sekarang.

Dengan penyertaan semua nama besar dalam menjayakan program ini, semestinya ia akan memudahkan lagi implementasi pelbagai standard web semasa, sekaligus memudahkan para pembangun bebas lain merujuk kepadanya.

Sekiranya anda merupakan seorang pembangun web, ataupun ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan standard semasa, mungkin boleh rujuk ke laman Web Platform hari ini, ataupun sertai halaman forumnya untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan web.

Komen