Cari @ Amanz

Selain daripada permainan Need For Speed : Most Wanted yang bakal menjelang tiba, ia juga kelihatan pembangunan versi Need for Speed yang baru telah pun dimulakan oleh salah satu studio EA, iaitu EA Gothenberg.

Buat masa ini, studio berkenaan telah pun memulakan pencarian pembangun untuk turut serta dalam pembangunan permainan terbaru Need for Speed tersebut. Namun, tiada sebarang maklumat lanjut yang dikongsikan buat masa ini.

Need for Speed merupakan salah satu permainan genre perlumbaan kereta, yang mempunyai pelbagai jenis edisi, daripada lumba secara sah sehinggalah berlumba di jalan raya. Terbaru, mereka dalam fasa akhir sebelum Need For Speed : Most Wanted dilancarkan pada penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd