Spesifikasi Peranti Bersaiz 5-inci Daripada HTC – HTC DLX Tertiris Ke Web

Spesifikasi Peranti Bersaiz 5-inci Daripada HTC – HTC DLX Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Okt 9, 2012 oleh .

Ura-ura berkaitan dengan peranti bersaiz 5-inci daripada HTC bukanlah sesuatu yang baru. Menariknya, kini Football4PDA berkongsi spesifikasi untuk peranti tersebut yang dipanggil sebagai HTC DLX.

HTC DLX ini dikatakan akan menyertakan skirn bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-eras 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 1.5GB RAM, dan juga ruangan storan terbina sebanyak 16GB. Ia juga dikatakan ia akan menyertakan kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel, selain dilengkapi bateri berkapasiti 2,500mAh.

Peranti terbaru daripada HTC ini kelak dikatakan akan menggunakan Android 4.1.2 padanya.

Pihak Football4PDA sedia popular dengan info tepat yang sering ditiriskan oleh mereka, dan mungkin ada benarnya HTC DLX akan membawakan spesifikasi sebegini.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan dijual di Malaysia.


TIPS & ULASAN