Cari @ Amanz

Dengan pelbagai ura-ura berkaitan peranti Nexus daripada LG yang kedengaran pada minggu lepas, kini beberapa gambar telah dikongsikan oleh salah seorang pengguna di XDA, memperlihatkan peranti prototaip daripada LG menggunakan antaramuka asal Android 4.1.2.

Walaupun ia serba sebanyak menyerupai Optimus G, namun terdapat beberapa perbezaan antara telefon LG ini dengan Optimus G, seperti kedudukan kamera dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi adakah ianya merupakan peranti Nexus yang dinantikan ramai, dan dengan laporan mengatakan LG dan Google bakal memperkenalkannya pada penghujung bulan ini, kemungkinan untuknya adalah tinggi.

Jadi, apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd