AMD Mengumumkan Cip Tablet Z-60 : Sokongan Grafik Tinggi Dan Penggunaan Tenaga Rendah

AMD Mengumumkan Cip Tablet Z-60 : Sokongan Grafik Tinggi Dan Penggunaan Tenaga Rendah

Diterbitkan pada Okt 9, 2012 oleh .

Lanjutan daripada video promosi yang diperlihatkan sebelum ini, hari ini AMD secara rasminya telah pun mengumumkan cip pemprosesan terbaru mereka, Z-60 yang mana didatangkan dengan sokongan Windows 8 melaluinya.

AMD Z-60 ini membawakan sokongan grafik yang amat baik (sokongan DirectX 11), membolehkan para pengguna menikmati pelbagai permainan video terus pada tablet mereka tanpa sebarang masalah, disamping menyokong resolusi sehingga 1920×1200 melalui HDMI. Namun, AMD mengatakan untuk menonton video, ia menawarkan pengalaman lebih baik sekiranya menggunakan tetapan 720p berbanding 1080p.

AMD Z-60 juga membawakan sokongan masa bertahan bateri yang agak lama, membolehkan para pengguna menggunakannya dalam menikmati video selama lebih 6 jam, ataupun melayari web dengan masa bertahan selama lebih 8 jam.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Namun, mungkin kita akan dapat melihat tablet atau peranti hibrid yang menjalankannya hadir di pasaran tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN