Cari @ Amanz

Selain berkongsi statistik mengatakan mengenai sasaran mereka untuk mencapai lebih 100,000 aplikasi pada Windows Store dalam tempoh tiga bulan, pihak Microsoft turut mengatakan mereka mensasarkan untuk mencapai jualan lebih 400 juta peranti Windows 8 dalam tempoh 9 bulan.

Windows 8 bakal ditawarkan dalam pelbagai bentuk peranti, daripada tablet, komputer riba sehinggalah desktop. Dan memandangkan kini Windows sedia digunakan ramai pengguna mahupun perusahaan, mungkin angka tersebut dapat dicapai dengan mudah melalui pemasaran Microsoft yang efektif.

Windows 8 bakal dilancarkan secara rasminya pada 26 Oktober ini. Sementara menantikannya, mungkin anda boleh rujuk ke ulasan Windows 8 Release Preview yang pernah dikeluarkan kami sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd