Selain gambar yang dikongsikan sebelum ini, kini beberapa gambar baru yang dikatakan sebagai peranti LG Nexus hadir, memperlihatkan dengan lebih jelas bahagian hadapan dan belakang peranti tersebut.
Daripada gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan rekabentuk yang sedikit menyerupai Galaxy Nexus yang diperkenalkan pada tahun lepas. Peranti Nexus daripada LG ini dilihat menggunakan nama kod “Mako”, dan mengikut ura-ura awal, ia akan membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro, dan GPU Adreno 320.
Ia dikatakan LG bakal memperkenalkannya bersama-sama dengan pihak Google pada lewat bulan ini.