Samsung Memperkenalkan Galaxy Music Secara Rasminya

Samsung Memperkenalkan Galaxy Music Secara Rasminya

Diterbitkan pada Okt 9, 2012 oleh .

Samsung Galaxy Music telah pun kelihatan beberapa kali sebelum ini, dan hari ini, pihak Samsung secara rasminya telah pun mengumumkan peranti terbaru keluarga Galaxy mereka, dimana seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada audio dan muzik.

Samsung Galaxy Music ini membawakan skrin sebesar 3-inci QVGA dengan resolusi 240×320 pixel, kamera 3-megapixel, memori sebanyak 512MB RAM, dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Ia turut dilengkapi dengan bateri Li-Ion berkapasiti 1300 mAh. Galaxy Music ini turut dilengkapi beberapa fungsi memfokuskan audio, termasuk Sound Alive dan juga SRS, selain didatangkan dengan sokongan radio FM.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun dari segi spesifikasi dan sebagainya, mungkin kita boleh kategorikan ia dibawah peranti mampu-milik.


TIPS & ULASAN