Cari @ Amanz

Terdapat beberapa permainan komputer yang dibangunkan pembangun tempatan, seperti Hoodwink, TrackVerse dan banyak lagi. Dan salah satu permainan tempatan terbaru yang kini melalui proses pengundian di Steam Greenlight adalah daripada Sherman3D, iaitu Alpha Kimori.

[amanz-gallery]

Alpha Kimori adalah permainan bergenre akan RPG, yang dimainkan secara atas-talian, yang mana daripada rekabentuknya sendiri boleh dilihat ia diinspirasikan dunia warna-warni seperti pada anime Jepun. Seperti kebanyakkan permainan RPG lain, Alpha Kimori turut dilengkapi pelbagai elemen fantasi, disamping aksi pengembaraan dalam meningkatkan tahap watak.

Permainan ini telah pun diperkenalkan sejak daripada tahun lepas, dan kini mereka menyenaraikan diri pada Steam Greenlight, supaya mendapat undian ramai pengguna, supaya ia dapat dijual di Steam. Bagi anda yang mempunyai akaun Steam, mungkin boleh membantu dengan membuat undian untuk Alpha Kimori hari ini, ataupun memuat-turun versi demo permainan tersebut, dan mencubanya sendiri pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd