Lebih Gambar Yang Diperkatakan Sebagai iPad Mini Mula Kelihatan

Lebih Gambar Yang Diperkatakan Sebagai iPad Mini Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Okt 9, 2012 oleh .

Dengan laporan mengatakan Apple bakal mula menghantar jemputan media bermula pagi esok untuk acara pelancaran iPad Mini, kini lebih banyak gambar baru yang diperkatakan sebagai iPad Mini mula tersebar di arena web, dimana secara keseluruhan, kebanyakkannya memfokuskan kepada slot Lightning dan saiznya – 7.85-inci.

Mengikut laporan-laporan sebelum ini, ia dikatakan yang mana Apple telah membuat tempahan sebanyak 10 juta unit iPad Mini untuk dijual sepanjang suku tahun ke-4 tahun ini. Sekiranya semua berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat Apple mula menghantar jemputan untuk media antarabangsa bermula esok, dan ia dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN