Google Dan Samsung Bakal Hadir Dengan Tablet Nexus Bersaiz 10-inci

Google Dan Samsung Bakal Hadir Dengan Tablet Nexus Bersaiz 10-inci

Diterbitkan pada Okt 9, 2012 oleh .

Nampaknya, pada penghujung tahun ini, Google akan hadir dengan peranti Nexus pelbagai saiz, dimana selain daripada beberapa telefon pintar, ia kini turut dilaporkan tablet bersaiz 10-inci turut sama akan diperkenalkan.

Ia dikatakan yang mana tablet ini akan dibangunkan dengan kerjasama pihak Samsung, dimana akan membawakan resolusi 2560×1600 pixel, dengan PPI pada kadar 299, sekaligus mengatasi paparan Retina yang dibawakan oleh iPad pada kadar PPI 264.

Harga penjualan masih tidak diketahui buat masa ini, dan memandangkan ianya akan menggunakan jenama Nexus, kita mungkin akan dapat melihat harga jualannya amat berpatutan.

Selain daripada tablet Nexus daripada Samsung, ia juga disahkan yang mana Google akan memulakan pengeluaran tablet pada harga $99 bulan Disember ini.


TIPS & ULASAN