Cari @ Amanz

Pelancaran iPhone 5 di Malaysia telah pun dikatakan akan berlaku pada 26 Oktober sejak pertengahan September yang lepas. Kini, beberapa ura-ura lanjut kedengaran yang mana pelancaran fasa berikutnya akan berlaku pada tarikh tersebut, dan Malaysia antara yang tersenarai padanya.

Buat masa ini, tiada sebarang pengesahan yang dikeluarkan oleh Apple, dan semestinya sebarang pengumuman yang dilakukan pihak Apple bergantung kepada stok semasa iPhone 5 mereka. Namun, sekiranya berlaku sebarang masalah ketiadaan stok dan sebagainya, ia mungkin ditunda ke bulan November.

Dari segi kesediaan pihak syarikat telekomunikasi pula, Maxis dan DiGi telah pun mengumumkan sokongan kad Nano-SIM, dengan Celcom yang masih tidak diketahui sepenuhnya samada telah melancarkannya ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd