Firefox 16 Sedia Dimuat-Turun Oleh Semua Pengguna

Firefox 16 Sedia Dimuat-Turun Oleh Semua Pengguna

Diterbitkan pada Okt 10, 2012 oleh .

Akhirnya, seperti mana yang dinantikan, Mozilla hari ini telah pun melancarkan pelayar web generasi baru mereka, Firefox 16, membawakan beberapa kemaskini baru bersama-sama dengannya.

Firefox 16 menyertakan sokongan awal untuk aplikasi berasaskan web pada Firefox, yang mana membawakan sokongan seumpama Chrome WebStore pada Firefox. Namun, memandangkan Mozilla Marketplace belum dibuka untuk semua, mungkin ia tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh para pengguna.

Selain daripada itu, Firefox untuk Mac OS X kini menyertakan sokongan VoiceOver, selain membawakan sokongan toolbar baru untuk para pembangun, memudahkan mereka mengakses beberapa aplikasi dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna Firefox sedia ada, anda boleh mengemaskininya secara automatik, ataupun memuat-turun fail pemasangan Firefox 16, dan memasangnya pada komputer anda.

Muat-Turun Firefox 16 untuk Windows, OS X dan Linux

TIPS & ULASAN