Kemaskini Android 4.1.2 Jelly Bean Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Nexus 7

Kemaskini Android 4.1.2 Jelly Bean Mula Diperkenalkan Untuk Pengguna Nexus 7

Diterbitkan pada Okt 10, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Nexus 7, kini Google telah pun memulakan proses kemaskini untuk sistem operasinya, dimana Android 4.1.2 Jelly Bean mula diperkenalkan untuk pengguna seluruh dunia, membawakan sokongan paparan secara lanskap padanya.

Paparan skrin utama secara lanskap adalah salah satu perkara yang mustahil sebelum ini pada Nexus 7, dan kini dengan lebih memfokuskan kepada tablet, Google membawakan sokongan paparan tersebut kepada semua pengguna Nexus 7.

Selain daripada itu, Android 4.1.2 turut sama menyertakan kemaskini dari segi peningkatan prestasi dan kestabilan sistem operasi itu sendiri. Bagi anda yang mempunyai Nexus 7, mungkin boleh menyemaknya hari ini, dan memasang kemaskini yang bersaiz sekitar 32MB ini.


TIPS & ULASAN