Penganalisa : Tiada Peranti BlackBerry 10 Sehingga Mac 2013

Penganalisa : Tiada Peranti BlackBerry 10 Sehingga Mac 2013

Diterbitkan pada Okt 10, 2012 oleh .

BB10 bakal membawakan papan kekunci pada skrin yang lebih pintar, kebolehan merakam beberapa gambar pada sesuatu masa, BlackBerry Flow, disamping memudahkan pengguna bertukar panel antara akaun pengguna dan perusahaanPeranti BlackBerry 10 adalah salah satu peranti yang dinantikan ramai, apatah lagi setelah sekian lama RIM tidak mengeluarkan sebarang produk baru mereka. Namun, kini salah satu penganalisa mengatakan peranti baru BlackBerry 10 tidak akan dipasarkan sehingga Mac 2013 kelak.

Sehingga kini, Research In Motion hanya mengatakan mereka akan memperkenalkannya pada suku tahun pertama 2013 kelak, dan ramai yang membuat spekulasi ia akan dilancarkan pada Januari 2013 kelak, apatah lagi setelah RIM melalui pelbagai cabaran dalam dunia peranti mudah-alih.

Namun, tiada sebarang sebab yang dikongsikan penganalisa tersebut melalui laporan yang disediakan pihak Forbes.

RIM buat masa ini sedang memfokuskan kepada menarik lebih ramai pembangun membangunkan aplikasi untuk BlackBerry 10 dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan sokongan. Disamping itu, sedikit demi sedikit fungsi pada BlackBerry 10 turut dikongsikan oleh pihak RIM bersama-sama yang lain.


TIPS & ULASAN