Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan mengatakan Twitter bakal hadir dengan perkhidmatan hos video mereka tersendiri, kini ia turut dilaporkan yang mana Twitter telah pun mengambil-alih salah satu perkhidmatan perkongsian video yang masih baru lagi, iaitu Vine.

Vine masih lagi belum dilancarkan lagi, dan baru sahaja ditubuhkan pada bulan Jun yang lepas. Syarikat yang mengandungi tiga orang tersebut telah diambil-alih oleh pihak Twitter, namun menurut AllThingsD, Vine akan terus hidup sebagai perkhidmatan berasingan.

Vine dikatakan sebagai salah satu cara untuk merakamkan video melalui iPhone dan berkongsi dengan yang lain. Daripada beberapa contoh yang dikongsikan pengguna, ia kelihatan, perkhidmatan tersebut membolehkan pengguna merakamkan beberapa saat, sebelum memuat-naik klip tersebut ke perkhidmatan Vine.

Dan sekiranya Vine ini diintegrasikan kedalam semua aplikasi mudah-alih milik Twitter, semestinya kita akan dapat melihat perkembangan kandungan berasaskan video melalui perkhidmatan sosial popular tersebut.

Harga pengambil-alihan tidak dikongsikan oleh mana-mana pihak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd