Cari @ Amanz

Walaupun sebelum ini kerangka luar iPad Mini diperlihatkan dengan slot nano-SIM, namun, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan iPad Mini yang bakal diperkenalkan oleh Apple kelak hanya akan membawakan sokongan WiFi sahaja.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia akan bersaing secara terus dengan beberapa tablet lain dengan spesifikasi lebih kurang sama, termasuk Kindle Fire daripada Amazon, dan juga Nexus 7 yang dilancarkan Asus baru-baru ini di Malaysia.

Selain daripada itu, buat masa ini, apa yang diketahui adalah dimana iPad Mini bakal membawakan skrin bersaiz 7.85-inci, sokongan sambungan dock Lightning, dan juga menggunakan iOS 6 padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd