Firefox 16 Untuk Android Membawakan Sokongan Mod Pembacaan

Firefox 16 Untuk Android Membawakan Sokongan Mod Pembacaan

Diterbitkan pada Okt 10, 2012 oleh .

Selain daripada kemaskini untuk versi desktop, Mozilla juga turut sama telah mengeluarkan kemaskini untuk aplikasi pelayar web mereka untuk Android, menggunakan angka versi yang sama, iaitu Firefox 16 untuk Android.

Salah satu perkara baru pada Firefox 16 untuk Android ini adalah sokongan mod pembacaan, memudahkan para pengguna membaca laman-laman yang tidak dioptimasikan untuk peranti dengan skrin bersaiz kecil. Untuk mengaktifkannya, para pengguna hanya perlu klik pada ikon buku yang terletak bersebelahan dengan URL laman web, setelah ia selesai dibuka.

Selain sokongan pembacaan yang lebih mudah, Firefox 16 untuk Android turut sama mengoptimasikan pelayar web tersebut, selain membawakan beberapa sokongan tambahan, termasuk kebolehan berkongsi sesuatu tab terus ke desktop, melalui sokongan Firefox Sync yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakan Firefox 16 pada peranti Android anda.

Muat-Turun Firefox 16 Untuk Android


TIPS & ULASAN