Cari @ Amanz

Samsung sememangnya terkenal dengan memperkenalkan peranti pada pelbagai jenis saiz, dan kini ia diura-ura akan mereka akan hadir dengan peranti bersaiz 5-inci dan menggunakan cip pemprosesan empat-teras, selain membawakan harga yang amat berpatutan untuknya.

Ia tidak diketahui sama ada ia akan menggunakan nama keluarga Note ataupun nama keluarga baru untuknya. Mengikut laporan yang dikeluarkan, ia dikatakan Samsung sedang merancang untuk memperkenalkannya terlebih dahulu di Korea Selatan tidak lama lagi.

Sekiranya ia hadir dengan harga yang amat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding Galaxy Note 2 yang bakal dilancarkan di Malaysia esok, mungkin ia turut sama akan menerima permintaan tinggi. Namun, ia tidak diketahui sama ada ia akan dilengkapi dengan S-Pen ataupun tidak, dan sekiranya Samsung ingin bermain pada harga, mungkin ciri-ciri dan sokongan yang disertakan juga berbeza dan kurang sedikit berbanding Galaxy Note 2.

Terkini, pada minggu ini, Samsung telah pun sedia memperkenalkan Galaxy Music kepada pasaran global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd