Spesifikasi Galaxy S3 Mini Tertiris Ke Web – Bakal Dilancarkan Esok

Spesifikasi Galaxy S3 Mini Tertiris Ke Web – Bakal Dilancarkan Esok

Diterbitkan pada Okt 10, 2012 oleh .

Samsung Galaxy S3 telah pun dilancarkan pada bulan Mei yang lepas di Malaysia, dan nampaknya, bagi mereka yang inginkan peranti sama, tetapi dengan harga yang lebih murah, kini Samsung dijangka akan mengumumkan Galaxy S3 Mini esok.

Daripada laporan awal, ia dikatakan Galaxy S3 Mini bakal membawakan skrin bersaiz 4.0-inci dengan paparan 480×800 pixel padanya, disamping dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras 1GHz. Ia turut sama akan dilengkapi memori sebanyak 1GB RAM, dan kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman video HD penuh 1080p. Kamera hadapan untuk panggilan video turut disertakan padanya. Berbeza dengan Galaxy S3, versi Mini ini dikatakan akan didatangkan bersama-sama Android 4.1 Jelly Bean padanya.

Samsung dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkaitan dengan peranti ini esok, dan mungkin harga jualan di Malaysia hanya akan diketahui selepas beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN