Aplikasi Maluuba International Diperkenalkan Untuk Pengguna Tempatan Dengan Sokongan Terhad

Aplikasi Maluuba International Diperkenalkan Untuk Pengguna Tempatan Dengan Sokongan Terhad

Diterbitkan pada Okt 10, 2012 oleh .

Ingatkah lagi dengan aplikasi Maluuba yang pernah kami kongsikan sebelum ini? Kini, anda tidak lagi perlu bergantung kepada fail APK dan sebagainya, dimana para pengguna Malaysia sudah pun boleh memuat-turun Maluuba International secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Versi antarabangsa ini didatangkan dengan sokongan terhad untuk beberapa perkara seperti fungsi sokongan acara dan beberaoa lokasi yang disokong oleh Yelp tidak terdapat untuk pengguna tempatan.

Namun, fungsi seperti Reminders, Google Calendars, Knowledge, membuat panggilan dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut. Bagi para pengguna Android yang tidak menggunakan Jelly Bean, dan inginkan fungsi seumpama Google Now pada peranti anda, mungkin boleh mencuba aplikasi Maluuba ini pada peranti Android hari ini.

Muat-Turun Aplikasi Maluuba International Untuk Android


TIPS & ULASAN