Aplikasi TweetDeck Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Aplikasi TweetDeck Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Okt 10, 2012 oleh .

Hari ini, Twitter telah pun mengemaskini salah satu aplikasi desktop popular mereka, iaitu TweetDeck, membawakan beberapa perubahan dari segi antaramuka, menawarkan pewarnaan yang lebih cerah selain pilihan tema berwarna gelap sebelum ini.

Kemaskini ini telah pun diperkenalkan untuk semua pengguna TweetDeck Web, Chrome, Mac dan juga Windows, dimana semua kemaskini akan diperkenalkan secara automatik.

Melalui penambahan baru yang disertakan, ia membolehkan para pengguna dengan mudah memilih inginkan tema yang gelap ataupun cerah mengikut citarasa masing-masing. Disamping itu, para pengguna juga turut boleh mengubah saiz tulisan yang dipaparkan mengikut keperluan.

Sebelum ini, TweetDeck telah pun sedia dikemaskini dengan sokongan untuk paparan rekabentuk profil baru, selain mana, turut membawakan sokongan untuk beberapa pelayar web lain, termasuk Firefox, Opera dan juga Safari.

Bagi anda yang sedia menggunakan aplikasi TweetDeck, sudah boleh memulakan proses kemaskini, sementara bagi pengguna baru, mungkin boleh memuat-turun aplikasi TweetDeck untuk desktop anda, ataupun mengaksesnya melalui web hari ini.


TIPS & ULASAN