Carian
TIME dot COM Menyediakan Jalur Lebar Sepantas 500Mbps Untuk Hadirin HITB KL
October 11, 2012 Aman

Selepas melancarkan perkhidmatan internet selaju 100Mbps untuk para pengguna tempatan, kini TIME dot Com melangkah setapak kehadapan lagi, dengan menyediakan sokongan talian internet selaju 500Mbps untuk para hadirin Hack In The Box 2012 Kuala Lumpur.

HITB 2012 merupakan salah satu persidangan tahunan yang membincangkan mengenai sekurit dan keselamatan di arena ICT, dan semestinya dengan penyediaan talian internet berkelajuan tinggi ini, ia akan membolehkan para hadirin mengakses pelbagai perkara dengan lebih pantas.

Menyediakan internet berkelajuan sehingga 500Mbps untuk umum adalah salah satu perkara baru, apatah lagi dengan ramai pengguna yang masih menantikan sokongan HSBB membawakan kelajuan melebihi 5Mbps di rumah mereka.

Mungkin juga ini adalah salah satu cara untuk TIME dot Com menguji kelajuan maksima yang boleh dicapai talian mereka. Dan mungkin juga ia adalah salah satu petanda mengatakan pakej 500Mbps mungkin akan diperkenalkan oleh mereka dalam beberapa bulan lagi.

Komen