LG Nexus 4 Bakal Dilancarkan Pada 29 Oktober Kelak?

LG Nexus 4 Bakal Dilancarkan Pada 29 Oktober Kelak?

Diterbitkan pada Okt 11, 2012 oleh .

Dengan pelbagai ura-ura dan laporan berkaitan peranti Nexus daripada pihak LG, kini terbaru mengatakan yang mana Google dan juga pihak LG sedang mensasarkan untuk mengumumkan peranti tersebut kepada umum pada 29 Oktober ini.

Mengikut laporan yang sama, peranti tersebut hanya akan dijual selepas sebulan dua sahaja, dan bukannya dijual dipasaran serta merta.

Sebelum ini, ia turut diura-ura akan yang mana Google dan LG bakal mengumumkannya pada penghujung bulan ini, dan ura-ura terbaru ini selari dengan laporan sebelum ini.

Peranti LG terbaru ini dikatakan akan membawakan spesifikasi lebih kurang sama dengan LG Optimus G yang diumumkan pihak LG sebelum ini, dengan kamera 8-megapixel serta cip pemprosesan empat teras padanya.

Pada tarikh yang sama juga, Microsoft disasarkan bakal memperkenalkan Windows Phone 8 kepada umum.


TIPS & ULASAN