Bilangan Aplikasi Di Windows Store Kini Melangkaui Angka 4000

Bilangan Aplikasi Di Windows Store Kini Melangkaui Angka 4000

Diterbitkan pada Okt 11, 2012 oleh .

Dengan Microsoft sendiri yang mensasarkan untuk mencapai lebih 100,000 aplikasi di Windows Store menjelang suku tahun pertama 2013, kini kelihatan bilangan aplikasi di Windows Store meningkat dengan drastik dari hari ke hari.

Terkini, aplikasi yang dioptimasikan untuk sistem operasi Windows 8 telah pun melangkaui angka 4,000 aplikasi, dimana secara keseluruhan, terdapat 4,326 aplikasi di Windows Store hari ini.

Angka ini memperlihatkan peningkatan yang agak pantas, jikalau dibandingkan pada minggu lepas, hanya terdapat 3,610 aplikasi sahaja untuk Windows 8. Kebanyakkan aplikasi yang ditawarkan adalah percuma buat masa ini.

Jikalau trend ini terus berlanjutan, kita mungkin akan dapat melihat bilangan aplikasi untuk Windows 8 melangkaui angka 5,000 sebelum pelancaran Windows 8 pada 26 Oktober ini.


TIPS & ULASAN