Cari @ Amanz

Pelayar web RockMelt bukanlah sesuatu yang baru, dimana telah pun diperkenalkan sebagai pelayar web sosial lebih setahun lepas. Kini, selain daripada aplikasi untuk iPhone, RockMelt turut hadir dengan melancarkan pelayar web mereka untuk iPad.

Seperti biasa, ia masih memfokuskan kepada integrasi Facebook dan juga Twitter, membolehkan anda mengintegrasikan akaun anda, seterusnya menikmati kandungan secara online ataupun offline.

Dari segi rekabentuk, RockMelt untuk iPad kelihatan disusun dengan agak menarik, memudahkan anda mengikuti pelbagai perkembangan daripada laman-laman kegemaran anda dengan mudah. Disamping itu, ia turut membolehkan anda membaca sesuatu artikel dengan mudah dengan antaramuka yang kemas.

Bagi para pengguna yang menggunakan iPad, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore, dan kami akan hadir dengan ulasan ringkas pelayar web RockMelt untuk iPad ini pada penghujung minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd