Firefox 16 Ditarik Kembali Disebabkan Masalah Sekuriti

Firefox 16 Ditarik Kembali Disebabkan Masalah Sekuriti

Diterbitkan pada Okt 11, 2012 oleh .

Mozilla telah pun memperkenalkan pelayar web Firefox 16 kepada para pengguna desktop pada awal minggu ini, dan kini mereka menarik kembali (tiada muat-turun baru dibenarkan) pelayar web tersebut, disebabkan masalah sekuriti dan keselamatan yang terdapat padanya.

Menurut Mozilla, masalah tersebut akan membolehkan sesuatu laman mengetahui laman apakah yang telah lawati, dan laman yang sesuatu pengguna mempunyai akses.

Ia dikatakan, Mozilla bakal memperkenalkan kemaskini untuk masalah pelayar web ini dalam hari ini – Khamis. Sementara itu, Firefox menyediakan Firefox 15.0.1 untuk dimuat-turun dan digunakan semua, sementara masalah Firefox 16 diatasi.


TIPS & ULASAN