Cari @ Amanz

Google dalam usaha menjadikan rekabentuk laman utama Google.com selari dengan rekabentuk aplikasi mudah-alih dan produk desktop mereka, kini memperkenalkan rekabentuk baru, dengan bahagian navigasi yang boleh diakses dalam kaedah lebih menarik.

Kemaskini yang diperkenalkan pada halaman utama Google.com ini dijangka akan diperluaskan ke laman Google Malaysia tidak lama lagi. Kini, apabila para pengguna mengakses Google.com dan menekan butang menu, mereka akan diperlihatkan dengan pilihan navigasi yang muncul pada bahagian tepi, dengan pilihan ke beberapa produk utama mereka, termasuk Google+, YouTube, Maps dan sebagainya.

Menariknya, antaramuka baru ini juga memperkenalkan integrasi Google+, dimana para pengguna turut boleh melihat notifikasi laman sosial mereka terus melaluinya. Buat masa ini, sokongan ini boleh dilihat melalui peranti Android dan iOS, dan hanya laman utama Google.com sahaja memperlihatkannya.

Tips daripada Jofitri

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd