Need For Speed : Most Wanted Bakal Diperkenalkan Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada Okt 11, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan permainan video pada peranti pintar yang semakin popular, kini EA Mobile telah pun mengeluarkan video promosi pertama untuk permainan Need for Speed : Most Wanted di platform Android dan juga iOS.

Permainan ini dijangka akan diperkenalkan bersama-sama permainan Need For Speed : Most Wanted untuk PC dan lain-lain konsol yang akan dilancarkan mengikut rantau bermula 30 Oktober ini.

Berkemungkinan besar, permainan lumba jalanan ini tidak akan ditawarkan secara percuma. Mungkin maklumat lanjut berkaitan dengannya akan kedengaran dalam masa terdekat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami