Galaxy S3 Mini Diperkenalkan Secara Rasmi Oleh Samsung

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Selain daripada pelancaran Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, pihak Samsung turut sama memperkenalkan Galaxy S3 Mini untuk pasaran global hari ini, sekaligus membawakan variasi Galaxy S3 pada saiz 4-inci.

Jikalau dibandingkan dengan S3 asal, ia membawakan pengurangan saiz daripada 4.8-inci kepada 4-inci disamping membawakan spesifikasi peranti yang lebih rendah padanya.

Spesifikasi Galaxy S3 Mini
Cip Dwi-Teras 1.0GHz
Storan Terbina 8GB/16GB + mikro-SD (~32GB)
Skrin 4.0 WVGA Super AMOLED
Kamera Belakang 5MP, Hadapan VGA
Bateri 1,500 mAh

Menariknya, selain daripada cip pemprosesan yang rendah, dan skrin lebih kecil, dari segi positif pula, ia menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta antaramuka TouchWiz padanya. Ini sekaligus akan menjadikan pengalaman penggunaan padanya lebih baik, tanpa sebarang lengah masa, serta membawakan fungsi tambahan seperti Google Now dan sebagainya.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah Galaxy S3 Mini akan dilancarkan di Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.

TIPS & ULASAN