Gambar LG Nexus Yang Lebih Jelas Diperlihatkan Dan Dibandingkan Dengan iPhone 5

Gambar LG Nexus Yang Lebih Jelas Diperlihatkan Dan Dibandingkan Dengan iPhone 5

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Peranti Google Nexus daripada LG, yang dikatakan sebagai LG Nexus 4 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai peminat Android, dan kini, gambar yang lebih jelas dikongsikan melalui laman Tech Onliner.

Mengikut ura-ura dan laporan awal, ia dikatakan bakal membawakan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan LG Optimus G yang diperkenalkan baru-baru ini, dimana menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4, skrin bersaiz 4.7-inci, dan memori sebanyak 2GB RAM. Ia juga dikatakan, LG Nexus ini bakal dilengkapi dengan Android 4.2 kelak. Namun, peranti yang digambarkan ini hanya menjalankan Android 4.1.2 padanya.

Mengikut laporan awal, peranti ini disasarkan untuk dilancarkan pada 29 Oktober ini.


TIPS & ULASAN